Engkilili
Sarawak Bumi Kenyalang
Pendidikan - Kemas Kini: 20 Okt 2010
Indeks Artikel
Pendidikan
Kemas Kini: 20 Okt 2010
Artikel Asal
Semua Halaman

 

alt

PIBG SMK Engkilili Terima Sumbangan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili baru-baru ini menerima sumbangan berjumlah RM17,000 daripada Ahli Parlimen Lubok Antu, YB William Nyalau Badak.  Menurut beliau, sumbangan tersebut bagi membantu perbelanjaan pihak sekolah untuk program berbentuk akademik, pembangunan sukan, kem remaja dan membaik pulih beberapa peralatan di kelas dan asrama pelajar.  Beliau juga berharap agar pihak sekolah sentiasa memaklumkan dari semasa ke semasa tentang keperluan pelajar agar tindakan segera dapat diambil.  Jelasnya, ini penting kerana pelajar merupakan aset utama bagi memajukan kawasan Lubok Antu suatu hari nanti.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, YB Dr Johnnical Rayong Ngipa telah menyumbangkan RM6,000 kepada PIBG.  Kedua-dua sumbangan diterima oleh Yang Dipertua PIBG SMK Engkilili, Andrew Bugie Anak Ipang sempena Majlis Merarau anjuran Majlis Guru Besar Zon Engkilili di Sekolah Kebangsaan Engkilili No 2.  Mengenai sumbangan itu, Dr Johnnical memberitahu bahawa sumbangan tersebut bertujuan untuk kegunaan PIBG dan membiayai Lembaga Pengawas SMK Engkilili.  Menurutnya, sumbangan tersebut sebagai tanda prihatin kerajaan untuk menjalankan aktiviti berfaedah kepada para pelajar di kawasan Engkilili.  Selain itu, beliau berharap semua pihak memberikan sokongan dalam memartabatkan bidang pendidikan sebagai satu bidang yang paling penting demi memacu perkembangan negara.  (KK7:  20 Oktober 2010)

 



Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 09 Mei 2013 02:55
 

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 74687
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55