Engkilili
Sarawak Bumi Kenyalang
Kesihatan
Indeks Artikel
Kesihatan
Artikel Asal
Semua Halaman

alt

Program Hari Bertemu Pelanggan dan Program LA21

Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) pada 2 Oktober 2010 lepas telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan dan Program Local Agenda 21 (LA21) bertempat di Taman Perumahan RPR Engkilili. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu berjaya menghimpunkan penduduk sekitarnya untuk turut sama menjayakan pelbagai aktiviti yang telah diatur.  Antara pengisian program pada hari tersebut termasuklah kempen anti denggi, sesi ceramah daripada Bahagian Kesihatan Awam dan Bahagian Penilaian dan Percukaian MDLA.  Selain itu, program pada hari tersebut turut diserikan dengan senamrobik dan cabutan tiket bertuah.  Majlis telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, YB Johnnical Rayong Ngipa.

Sementara itu, Rayong dalam ucapannya berkata, kempen anti denggi yang turut menjadi pengisian program pada hari tersebut mampu mendidik orang ramai termasuk penduduk yang tinggal di bandar tentang pentingnya menjaga kebersihan di kawasan penempatan masing-masing.  Beliau pada masa yang sama menasihatkan penduduk yang tinggal di bandar supaya menjaga kebersihan untuk menjamin kesihatan sentiasa baik sekali gus bagi mengelak serangan demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes.  Menurutnya, kempen seumpama ini secara tidak langsung telah mendedahkan pelbagai maklumat penting kepada orang ramai tentang langkah pengawalan awal terhadap pembiakan nyamuk aedes di kawasan masing-masing.

Pada majlis yang sama, Rayong turut menyampaikan cek projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM15,000 kepada Kelab RANDO Lubok Antu yang diterima oleh Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah Girie.  Dalam majlis itu juga, Rayong turut mengumumkan peruntukan MRP sebanyak RM5,000 kepada MDLA.  Turut hadir dalam majlis Setiausaha MDLA Lolita Jaime ak Nicholas, Penolong Pegawai Pertanian Lubok Antu/Engkilili, Jabu Saging, ketua jabatan, ahli-ahli MDLA serta penduduk sekitar.  (KK7:  20 Oktober 2010)



Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 02 Mac 2011 05:32
 

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 41898
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55