Engkilili
Maklumat Am
Indeks Artikel
Maklumat Am
Artikel Asal
Semua Halaman

kk11_engkelili_maklumatam

Terima Bantuan

Sebanyak tujuh buah rumah panjang di Ulu Skrang, Engkilili menerima bantuan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM45,500 pada Jun 2011 lalu. Majlis penyampaian cek MRP kepada penerima disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak di rumah panjang Dudong, Murad, dalam Daerah kecil Engkilili. Tujuh buah rumah panjang terlibat adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Anggang, Mejong yang menerima sebanyak RM10,000, Biro Wanita Tr. Ambon, Emperan pula mendapat RM2,000, JKKK Sawing, Merutih sebanyak RM2,500, JKKK Chungat, Tebat menerima RM4,000, JKKK Gait, Keranggas pula RM10,000, JKKK Sandin, Belaie juga RM10,000 dan RM7,000 dikhaskan untuk JKKK Sigan, Nanga Pelo. Pada majlis sama, Nyalau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr. Johnnical Rayong Ngipa turut menyampaikan bantuan membaik pulih rumah bernilai RM224,000 kepada 448 keluarga daripada 25 rumah panjang di sekitar Ulu Skrang.

Setiap keluarga menerima RM500.00 bagi membantu pengubahsuaian rumah masing-masing. Sebelum ini, sebanyak 281 keluarga daripada 17 buah rumah panjang sekitar Penempatan Semula Skim Skrang turut menerima peruntukan bernilai RM140,500 daripada kerajaan. Sementara itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar turut menyumbangkan bantuan sebanyak RM500.00 untuk 36 keluarga di Rumah Isau, Gelong yang tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran. Manakala Parti PESAKA Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Engkilili turut berbesar hati menghulurkan bantuan RM2,000 untuk mangsa kebakaran tersebut. Bantuan disampaikan oleh Timbalan Ketua cawangan PBB Engkilili Richard Tawan kepada Tuai Rumah Isau. (KK11: 25 Ogos 2011 Oleh: Zanariah Abdullah)



Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 02 Februari 2012 04:27
 

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 40166
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55