Engkilili
Keselamatan - Artikel Asal
Indeks Artikel
Keselamatan
Artikel Asal
Semua Halaman

Keselamatan Diutamakan

 

Tanggungjawab terhadap keselamatan tidak boleh dipandang remeh, terutama di kawasan yang memiliki jumlah penduduk yang ramai. Jenayah yang sering berlaku,  boleh mewujudkan perasaan takut di kalangan penduduk kampung.

Seperti di tempat-tempat lain, keselamatan penduduk di kawasan Engkilili terletak di bahu  Polis Diraja Malaysia. Dengan terbinanya Balai Polis Engkilili,  jenayah yang berlaku di kawasan Daerah Lubok Antu khususnya kawasan Engkilili dapat  dicegah.

Pasukan Polis di kawasan ini sering  membuat rondaan di sekitar kampung terutama di sebelah malam bagi mencegah berlakunya kes-kes kecurian, lumba haram dan pecah rumah. Selain itu, kerjasama di antara penduduk dan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), dalam menjaga keselamatan kawasan Engkilili membantu mengelakkan jenayah berlaku di kawasan  ini.



Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 10 Januari 2012 02:01
 

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 62932
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55