Engkilili
Kawasan Riadah

engkilili_riadah

Pelbagai Kemudahan Riadah

 

Menyedari kepentingan kawasan riadah kepada penduduk di kawasan Engkilili, Majlis Daerah Lubok Antu telah membina dua buah Taman Permainan yang terletak di tengah-tengah Pekan Engkilili. Taman yang sering dipenuhi oleh kanak-kanak pada waktu petang ini memiliki pelbagai jenis kemudahan. Antaranya,  jongkang-jongkit dan buaian.

Untuk peminat bola sepak, Majlis Daerah Lubok Antu telah membina sebuah padang bola sepak yang turut digunakan untuk aktiviti sukaneka. Dewan serba guna kawasan Engkilili  juga mempunyai sebuah gelanggang badminton. Kebiasaanya gelanggang ini akan meriah di sebelah  malam kerana pada waktu siang, mereka sibuk dengan urusan masing-masing.

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 20 Ogos 2010 02:29
 

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 41759
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55