Engkilili
Kampung Sekitar

alt

Berkeluasan 1,715 Kilometer

Engkilili juga mempunyai sebuah pekan yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kecil Engkilili. Pejabat Daerah Kecil Engkilili merupakan satu-satunya pejabat daerah kecil dalam Daerah Lubok Antu dan salah satu daripada tiga yang terdapat di bahagian Sri Aman. Pejabat daerah kecil yang terletak di atas bukit di Jalan Selindong ini dipercayai mula beroperasi dalam tahun 1950-an. Kedudukannya sangat tepat menghadap ke sungai Batang Lupar. Bangunan pejabat ini merupakan sebuah bangunan lama (rumah rehat) peninggalan penjajah British. Ketika itu, ia dikenali oleh penduduk tempatan dengan sebagai "bungalow". Pejabat kecil ini bertanggung jawab menguruskan pelbagai projek luar bandar dan melaksanakan pelantikan ketua masyarakat, ketua kaum serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Rekod terkini (April 2010) Pejabat Kecil Daerah Engkilili menunjukkan peningkatan terhadap bilangan perkampungan rumah panjang orang Iban di Engkilili iaitu 198 buah, enam buah perkampungan Cina dan sebuah kampung yang dihuni oleh bangsa Melayu. Engkilili mempunyai keluasan keseluruhan 1,715 kilometer persegi.

Pekan Engkilili terletak berdekatan dengan Bandar Sri Aman iaitu kira-kira 35 kilometer dan berada 60 kilometer dari Pekan Lubok Antu. Engkilili kini sudah berubah wajah apabila memiliki pelbagai aneka perniagaan, pasar membeli belah, klinik kesihatan, kemudahan prasarana dan turut menghubungkan dengan kawasan sekitarnya dengan kemudahan jalan raya berturap. Antara kampung yang terdapat di Engkilili ialah Kampung Melayu, Kampung Merio Nanga, Kampung Batu Angus, Kampung Marup Baruh, Kampung Marup Atas, Kampung Selindung Ulu, Selindung Ili, Kampung Bua, Kampung Merbong, Kampung Jelukong, Kampung Sungai Keroh, Kampung Mawang, Kampung Stuga dan lain-lain. Engkilili dihuni oleh 90 peratus kaum Iban yang kebanyakannya menjadikan aktiviti pertanian sebagai sumber utama.

Terdapat tiga buah penempatan yang paling hampir dengan Pekan Engkilili iaitu Kampung Merio Naga, Kampung Angus dan Kampung Melayu. Lokasi Merio Naga terletak berseberangan dengan Pekan Engkili. Pekan dan penempatan ini hanya dipisahkan oleh Sungai Batang Lupar yang merentangi di antara kedua-dua kawasan dan boleh dihubungi melalui jambatan gantung dalam tempoh masa beberapa minit. Selain digunakan sebagai laluan pejalan kaki, jambatan gantung itu juga digunakan penduduk-penduduk tempatan yang menaiki kenderaan ringan seperti basikal dan motosikal. Kampung Batu Angus terletak di hilir Pekan Engkilili dan perjalanan berkereta menuju ke lokasi tersebut hanya memerlukan masa selama satu atau dua minit. Kampung Melayu yang terletak di hulu pekan Engkilili pula boleh dikunjungi dengan jarak 10 minit bermotosikal.

Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 04 Mei 2010 02:37
 

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 40176
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55