Engkilili

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 42383
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55
Keselamatan
Indeks Artikel
Keselamatan
Artikel Asal
Semua Halaman

alt

Pengawasan Projek Tagang Oleh RELA

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri bagi melantik pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) sebagai “polis” untuk mengawasi kelancaran projek Tagang dalam negeri ini. Pihak RELA menerusi cadangan ini difahamkan akan bertindak mengawasi sesebuah sungai yang telah melalui proses Tagang agar ia bebas daripada aktiviti perikanan penduduk dari masa ke semasa. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Dato Sri Douglas Uggah anak Embas ketika berucap merasmikan Majlis Merarau sempena Penutupan Perlawanan Futsal dan Pertandingan Karaoke anjuran RELA Lubok Antu di Dewan Skim Skrang, Engkilili, pada 20 Disember 2010 lepas.

Menurut beliau, jika di Sabah, penduduk yang menceroboh kawasan sungai yang telah melalui proses Tagang (dikenali sebagai sistem tagal di Sabah) akan dihukum secara adat namun tidak bagi penduduk di Sarawak yang bertindak sedemikian. Oleh itu katanya, peranan RELA amat penting dalam isu ini. Tanpa usaha ini hidupan akuatik yang telah diternak dalam sesebuah sungai menerusi proses Tagang tidak akan bertahan lama kesan tindakan perikanan penduduk setempat selepas itu. Justeru katanya, bagi menguji keberkesanan cadangan terbabit, kerajaan telah pun memilih Engkilili sebagai daerah pertama yang bakal memanfaatkan anggota RELA bagi mengawasi sungai yang telah melalui proses Tagang di situ pada masa akan datang.

Terdahulu beliau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM20,000 kepada pasukan RELA Daerah Lubok Antu manakala RM5,000 lagi untuk pasukan berkenaan membeli pakaian seragam baru. Hadir sama, Ahli Parlimen Lubok Antu, YB William Nyalau Badak; Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili, YB Dr Johnnical Rayong anak Ngipa; Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat dan Pegawai RELA Daerah Lubok Antu, Leftenan Kolonel (RELA) Silon anak Janda. (KK8: 22 Disember 2010 – Oleh: Jawlinda Zeno Jawi)



Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 10 Januari 2012 02:01