Engkilili

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 69938
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55
Kemudahan Asas - Kemas Kini: 20 Okt 2010
Indeks Artikel
Kemudahan Asas
Kemas Kini: 20 Okt 2010
Kemas Kini: 25 Mei 2009
Artikel Asal
Semua Halaman

Projek Majukan Engkilili Giat Dilaksana

Kerajaan kini giat melaksanakan beberapa projek di kawasan Engkilili merangkumi penyediaan kemudahan jalan raya, elektrik dan bekalan air untuk kemudahan penduduk di kawasan tersebut.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, YB Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata, antara projek yang sedang dilaksanakan ialah menaik taraf jalan sepanjang dua kilometer dari Lebuh Raya Pan Borneo ke kawasan Nanga Bunu, Skrang selain pembinaan jalan raya Lidong-Lipat sepanjang tiga kilometer.  Menurutnya, kerajaan juga menerusi projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) sudah memulakan kerja menyediakan kemudahan bekalan elektrik 24 jam kepada beberapa buah rumah panjang di sini.  Antara kawasan terbabit dari Ulu Skrang, Semanjo, Nibong, Titok, Gelung, Beranggang dan Merio.  Beliau dilaporkan berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Makan Tengah Hari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Entalau di Ulu Skrang, Engkilili, pada 1 Oktober lepas.  Hadir sama Ahli Parlimen Lubok Antu, YB William Nyalau Badak.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa buah rumah panjang di kawasan DUN Engkilili iaitu San Semanju, Sebeliau, Pentik, Batu Lapan dan Semuah akan menikmati bekalan air bersih di bawah pelan pembangunan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tidak lama lagi.  Difahamkan, projek penyediaan kemudahan bekalan air bersih tersebut untuk semua kampung terbabit telah dilaksanakan baru-baru ini.  Katanya lagi, penduduk dari kawasan berkenaan bakal menikmati faedah menerusi pelan pembangunan NKRA pada masa akan datang.  Justeru itu, beliau yakin penduduk di kawasan Engkilili akan mempunyai peluang untuk menikmati lebih banyak hasil pembangunan jika mereka meneruskan sokongan masing-masing terhadap kerajaan dari masa ke semasa.  Pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada PIBG SK Nanga Entalau.  (KK7:  20 Oktober 2010)



Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 17 Januari 2012 03:07