Lima Kedai
 
       

Perpustakaan Desa Perumahan 5 Kedai, Balai Raya Perumahan Lima Kedai, Jalan Malinja 2, Perumahan Lima Kedai, Gelang Patah, Johor.

Hit Paparan Kandungan : 50770
Kemas Kini :
18-03-2013 09:23
Wanita
Indeks Artikel
Wanita
Artikel Asal
Semua Halaman

kk12_limakedai_wanita

Nama Huruf S

Memiliki nama sependek satu huruf bukanlah satu kekurangan bagi wanita ini, malah beliau begitu berbangga dengan nama yang memberi pelbagai pengalaman manis sepanjang hidupnya itu. Menceritakan kembali keunikan namanya, S Rusli, 24 tahun memaklumkan ramai kenalan pada mulanya menyangka bahawa S adalah nama timangan. Namun, apabila diterangkan perkara sebenar barulah mereka menerima keunikan nama tersebut. Paling menarik, huruf S sinonim dengan perkataan susah dan senang yang membuatkan beliau sentiasa beringat dalam menjalani kehidupan seharian. Pernah beliau berdepan dengan beberapa keadaan yang lucu dek kerana namanya itu ketika berurusan di klinik dan semasa diijabkabulkan di mana suami beliau terpaksa melafazkan akad sebanyak tujuh kali.

Malah, tiga adik perempuan S turut diberikan nama pendek oleh bapa mereka iaitu, Liz, 22 tahun, Maz, 11 tahun, dan Hani, 9 tahun. Bapanya, Rusli Ahmad Abdul Karim pernah merujuk nama pilihannya dengan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sebelum pendaftaran nama anak sulungnya itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Meskipun S tidak mempunyai sebarang maksud, beliau sentiasa bermohon agar anaknya berjaya dalam kehidupan. Kini S bahagia menjalani kehidupan bersama suami, Nuzrul Hassan dan anak di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di samping berpeluang melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Teknologi Seni Bina di Institut Teknologi Perindustrian Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). (KK12: 25 November 2011 Oleh: Zanariah Abdullah)


alt

Serikandi Wanita

Beberapa kumpulan pergerakan wanita yang paling aktif di Perumahan Lima Kedai ini adalah termasuk Perkumpulan Wanita Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) Lima Kedai dan Pergerakan Kebajikan Wanita. Rokiah Saripin adalah Ketua Wanita KRT Lima Kedai yang begitu aktif memastikan program Rakan Muda di bawah KRT menjalankan kem-kem latihan setiap minggu seperti kem kesihatan, kem KRT, senamrobik, kem seni dan sebagainya.

Hanya sebanyak 10 peratus daripada golongan wanita di sini terdiri daripada mereka yang tidak bekerja manakala 40 peratus lagi bekerja sendiri dan hanya 10 peratus sahaja bekerja dengan kerajaan. Kampung ini telah melahirkan beberapa serikandi profesional yang berjawatan tinggi seperti usahawan, peguam, doktor dan jurutera.

Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 20 Mac 2012 01:56