Lima Kedai
 
       

Perpustakaan Desa Perumahan 5 Kedai, Balai Raya Perumahan Lima Kedai, Jalan Malinja 2, Perumahan Lima Kedai, Gelang Patah, Johor.

Hit Paparan Kandungan : 26541
Kemas Kini :
18-03-2013 09:23
USP

Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat

K

ementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) berusaha merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat bandar dan luar bandar melalui Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Di bawah program ini, kemudahan akses Internet telah disediakan bersama dengan rangkaian telefon kepada penduduk di Perumahan Lima Kedai dan sekitarnya.

Perpustakaan Desa (PD) Perumahan Lima Kedai telah dibekalkan dua buah komputer, sebuah alat pengimbas dan sebuah mesin pencetak. Akses Internet di PD ini masih menggunakan perkhidmatan Streamyx dan keseluruhan penyelenggaraan komputer termasuk pembelian aksesori seperti dakwat dan lain-lainnya diselenggarakan sepenuhnya oleh pihak Telekom.

Di sini, pengunjung terutama penduduk Perumahan Lima Kedai boleh menggunakan kemudahan komputer berserta talian Internet yang dibekalkan. Di samping datang untuk meminjam buku dan bahan bacaan lain, pengunjung juga boleh menggunakan komputer untuk mencari maklumat dan menyiapkan kerja sekolah mereka. 

 

Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 29 Mac 2010 09:40