Lima Kedai
 
       

Perpustakaan Desa Perumahan 5 Kedai, Balai Raya Perumahan Lima Kedai, Jalan Malinja 2, Perumahan Lima Kedai, Gelang Patah, Johor.

Hit Paparan Kandungan : 26554
Kemas Kini :
18-03-2013 09:23
Sosioekonomi

Sektor Industri

K

edudukan Perumahan Lima Kedai yang begitu hampir dengan Taman Perindustrian Dr Yunus Sulaiman di Gelang Patah menjadikan sektor perkilangan sebagai pilihan penduduk untuk mencari pekerjaan terutama golongan belia. Lima Kedai yang juga berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas telah memberikan peluang pekerjaan di bidang perkapalan kepada penduduk sekitarnya.

Menurut statistik, sektor industri telah menyumbang kira-kira 50 peratus peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, manakala 30 peratus di bidang yang lain. Sebahagian yang lain merupakan suri rumah, pesara, pelajar dan juga kanak-kanak. 

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 26 Mac 2010 03:21