Lima Kedai
 
       

Perpustakaan Desa Perumahan 5 Kedai, Balai Raya Perumahan Lima Kedai, Jalan Malinja 2, Perumahan Lima Kedai, Gelang Patah, Johor.

Hit Paparan Kandungan : 26991
Kemas Kini :
18-03-2013 09:23
Sejarah

Lima Buah Kedai

Nama Perumahan Lima Kedai berasal dari perkataan ‘lima kedai’ yang merujuk kepada lima buah kedai yang hanya terdapat di penempatan di sini dahulu. Deretan lima buah kedai yang wujud di sini sering menjadi sebutan orang ramai dan sudah sebati bagi orang luar dan juga penduduk apabila menyebut tentang penempatan ini. Rumah-rumah kedai tersebut terdiri daripada dua buah kedai runcit, sebuah kedai kopi, sebuah kedai basikal dan sebuah kedai motosikal. 

Kawasan penempatan ini suatu ketika dahulu pernah menjadi kawasan hitam dan Pondok Polis Lima Kedai di sini pernah diserang hendap ketika pihak komunis mengganas untuk melumpuhkan kawalan anggota polis di sini.  

 

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:49