Lima Kedai
 
       

Perpustakaan Desa Perumahan 5 Kedai, Balai Raya Perumahan Lima Kedai, Jalan Malinja 2, Perumahan Lima Kedai, Gelang Patah, Johor.

Hit Paparan Kandungan : 27213
Kemas Kini :
18-03-2013 09:23
Populasi
Indeks Artikel
Populasi
Artikel Asal
Semua Halaman

kk11_limakedai_populasi

Projek Perumahan Awam

Projek Perumahan Awam Iskandar Malaysia di Perumahan Lima Kedai dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA). Projek yang menelan belanja RM200 juta itu mempunyai 1,500 unit kediaman dan 12 unit rumah kedai. Dua jenis rumah dibina berkeluasan 900 dan 1200 kaki persegi yang disasarkan kepada golongan muda baru berkeluarga untuk tinggal di kawasan wilayah pembangunan Iskandar dalam keadaan yang lebih selesa. Harga yang ditetapkan untuk setiap unit lebih mahal berbanding Projek Perumahan Rakyat (PPR) kerana ia memiliki kelengkapan dan selesa, setaraf dengan projek perumahan kondominium yang dibangunkan pihak swasta. Kos pembinaan berkenaan lebih mahal kerana ia memiliki keluasan lantai yang lebih besar berbanding unit rumah PPR.

Projek perumahan itu menggunakan teknologi IBS (Industrialized Building System), iaitu konsep pasang siap dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti. Pihak IRDA telah menetapkan beberapa syarat kepada pembeli untuk memiliki rumah berkenaan. Antaranya, pembeli haruslah seorang warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan tidak memiliki sebarang hartanah di dalam Iskandar Malaysia. Seseorang pemohon mestilah telah berkahwin dan memiliki pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000. Selain itu, mereka juga tidak boleh memiliki mana-mana rumah awam kerajaan negeri. (KK11: 30 September 2011 Oleh: Zanariah Abdullah)



Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 19 Januari 2012 06:15