Lima Kedai
 
       

Perpustakaan Desa Perumahan 5 Kedai, Balai Raya Perumahan Lima Kedai, Jalan Malinja 2, Perumahan Lima Kedai, Gelang Patah, Johor.

Hit Paparan Kandungan : 49697
Kemas Kini :
18-03-2013 09:23
Pendidikan - Kemas Kini: 12 Jul 2012
Indeks Artikel
Pendidikan
Kemas Kini: 12 Jul 2012
Kemas Kini: 8 Feb 2012
Artikel Asal
Semua Halaman

kk13_limakedai_pendidikan

SMK Mutiara Rini 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2 adalah institusi menengah kedua yang ditubuhkan di kawasan penempatan Mutiara Rini. Kerja-kerja asas pembinaan telah bermula pada 27 April 2001 dan disiapkan pada September 2002. Manakala jalan laluan bertar masuk ke sekolah disiapkan pada Januari 2004. Bangunan SMK Mutiara Rini 2 menempatkan lima buah blok terdiri daripada Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Blok Makmal dan Bengkel, Surau dan Kantin. Sebelum itu, sekolah tersebut menumpang si SMK Mutiara Rini bermula 16 Januari 2004 hingga 31 Mei 2004. Operasi sekolah dijalankan secara rasmi pada 1 Jun 2004 di mana Pengetua SMK Mutiara Rini ketika itu, Hajah Siti Raudah Moh dilantik sebagai Pengetua Pembimbing sekolah berkenaan. Majlis Penyerahan Plak Pengoperasian Sekolah Baru serentak dengan Perasmian Pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2 telah dilaksanakan pada 14 Jun 2004.

Berilmu, Berketerampilan, Berakhlak merupakan cogan kata SMK Taman Mutiara Rini 2 yang membawa maksud melahirkan generasi berilmu dan berketerampilan serta berakhlak mulia. Sekolah telah menetapkan beberapa kriteria demi meningkatkan pencapaian akademik ke peringkat yang lebih cemerlang dari segi kuantiti dan kualiti supaya dapat Melahirkan pelajar yang mencintai ilmu selain memupuk semangat berdaya saing di kalangan pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik. Sekolah itu juga mahu melahirkan pelajar-pelajar yang peka arus perkembangan pendidikan secara global dan bertaraf dunia. Pendekatan sahsiah terpuji turut ditekankan di SMK Mutiara Rini 2 agar dapat membentuk pelajar yang berakhlak dan berdisiplin. (KK15: 12 Julai 2012 Oleh: Zanariah Abdullah)



Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 07 Februari 2013 09:24