Lima Kedai
 
       

Perpustakaan Desa Perumahan 5 Kedai, Balai Raya Perumahan Lima Kedai, Jalan Malinja 2, Perumahan Lima Kedai, Gelang Patah, Johor.

Hit Paparan Kandungan : 27669
Kemas Kini :
18-03-2013 09:23
Pendidikan
Indeks Artikel
Pendidikan
Kemas Kini: 12 Jul 2012
Kemas Kini: 8 Feb 2012
Artikel Asal
Semua Halaman

kk16_limakedai_pendidikan

Kelas Tambahan Percuma

Majlis Daerah Johor Baru Tengah dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Lima Kedai telah mengadakan kelas tambahan khusus untuk pelajar miskin pada Julai 2012 lalu. Kelas-kelas tambahan itu, mensasarkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Program kelas tambahan berkenaan mendapat sokongan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, YB Datuk Abdul Aziz Sapian yang hadir pada upacara pelancarannya di Dewan Lima Kedai. Seramai 30 pelajar akan menghadiri kelas yang dijalankan di Dewan Pelbagaiguna Surau Al-Hidayah, Bilik Rukun Tetangga dan Pejabat UMNO Lima Kedai. 12 guru menggalas tanggungjawab mengendalikan kelas berkenaan.

Program adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial masyarakat terhadap golongan pembayar cukai terutamanya mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah. Pelaksanaan program secara tidak langsung dapat membina hubungan baik antara penduduk dan pihak penganjur demi memastikan pelajar-pelajar tersebut mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing kelak. Pihak penganjur tidak menolak untuk meneruskan program sedemikian pada masa-masa akan datang andai program pada kali itu berjaya. Abdul Aziz dalam ucapannya turut mengajak pelajar berusaha demi kecemerlangan pelajaran mereka. (KK16: 21 September 2012 Oleh: Zanariah Abdullah)



Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 07 Februari 2013 09:24