Lima Kedai
 
       

Perpustakaan Desa Perumahan 5 Kedai, Balai Raya Perumahan Lima Kedai, Jalan Malinja 2, Perumahan Lima Kedai, Gelang Patah, Johor.

Hit Paparan Kandungan : 27204
Kemas Kini :
18-03-2013 09:23
Maklumat Am

Kawasan Rukun Tetangga

P

erumahan Lima Kedai terletak di  Daerah Johor Bahru dan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mukim Pulai. Jarak perjalanan untuk sampai ke sini dari Bandar Johor Bahru ialah kira-kira 12 km.

Pengunjung yang datang ke sini boleh menjadikan satu-satunya sebuah banglo unik dan indah di tepi jalan utama yang bertentangan dengan masjid dalam kawasan perumahan ini sebagai tanda bahawa mereka telah pun sampai. Beberapa pejabat yang dahulunya menempatkan pejabat-pejabat penting sudah tidak beroperasi lagi termasuk pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pejabat Gabungan Belia Bersatu Serkam (GBBS).  

Untuk kesejahteraan penduduk, masyarakat di kawasan ini sepakat menubuhkan Rukun Tetangga (RT) yang disertai secara sukarela. Antara aktiviti RT ialah mengadakan program-program kemasyarakatan yang boleh merapatkan hubungan sesama penduduk. 

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 26 Mac 2010 03:35