Lima Kedai
 
       

Perpustakaan Desa Perumahan 5 Kedai, Balai Raya Perumahan Lima Kedai, Jalan Malinja 2, Perumahan Lima Kedai, Gelang Patah, Johor.

Hit Paparan Kandungan : 26535
Kemas Kini :
18-03-2013 09:23
Keusahawanan

Otak-Otak Pak Lah

A

bdullah Abdul Kadir, 64 tahun terkenal di Perumahan Lima Kedai sebagai pengusaha otak-otak, kuih lopes, kerisik dan popia otak-otak. Beliau memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan sejak lapan tahun yang lalu dan seterusnya pada tahun 2003 mendapat pinjaman daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) sebanyak RM5,000 untuk membangunkan perniagaan tersebut.

Produk otak-otaknya dikeluarkan sebanyak 10,000 keping setiap hari dengan kos bahannya sebanyak RM2,000 dan dijual dengan pek 50 keping berharga RM12.00 manakala kuih lopesnya dikeluarkan sebanyak 400 keping setiap dua hari sekali dengan kos bahannya sebanyak RM23.00 dan dijual dengan pek tiga keping berharga RM0.75 seikat. Produk kerisiknya dikeluarkan hanya apabila ada permintaan iaitu sebanyak 30 pek sehari dengan kosnya sebanyak RM35.00 sehari dan dijual dalam dua pek iaitu pek 180 gram dengan harga RM2.00 setiap pek dan pek 350 gram dengan harga RM4.00 setiap pek.

Beliau mendapat pasaran dan tempahan produk makanan tersebut dari Pasar Taman Universiti, Pasar Peladang Skudai, Kota Tinggi, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah. Anak-anak beliau, Faizal dan Jariah kini mewarisi kemahirannya untuk menyambung perniagaan ini kelak.

 

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:50