Lima Kedai
 
       

Perpustakaan Desa Perumahan 5 Kedai, Balai Raya Perumahan Lima Kedai, Jalan Malinja 2, Perumahan Lima Kedai, Gelang Patah, Johor.

Hit Paparan Kandungan : 26992
Kemas Kini :
18-03-2013 09:23
Keselamatan

Kerjasama Penduduk Mengawal Kampung

Kerjasama penduduk dengan Jawatankuasa Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) Lima Kedai termasuk dengan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) telah berjaya mengawal masalah sosial termasuk kecurian yang pernah berlaku di sini. Mereka bekerjasama memantau dan mengawal keselamatan kawasan penempatan dan melaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan kes atau masalah yang berlaku.

Pondok Polis Lima Kedai adalah balai polis yang paling hampir dengan Perumahan Lima Kedai. Di balai polis ini ditempatkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan tugas rondaan terutama pada waktu malam di sekitar kawasan penempatan dalam usaha untuk mengurangkan kes jenayah yang sering berlaku. Penduduk juga memainkan peranan untuk membantu pihak polis.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:53