Lima Kedai
 
       

Perpustakaan Desa Perumahan 5 Kedai, Balai Raya Perumahan Lima Kedai, Jalan Malinja 2, Perumahan Lima Kedai, Gelang Patah, Johor.

Hit Paparan Kandungan : 26555
Kemas Kini :
18-03-2013 09:23
Kawasan Riadah
Indeks Artikel
Kawasan Riadah
Artikel Asal
Semua Halaman

kk14_5kedai_kawriadah

Taman Hutan Bandar

Berkonsepkan hutan bandar mesra alam, Hutan Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), direalisasikan hasil sentuhan Arkitek Landskap MPJBT, Shahrulizam Abdul Rashid. Ia terletak di Taman Mutiara Rini dengan keluasan 25 hektar dan memiliki 3,200 pokok hutan tropika. Hutan bandar yang menghimpunkan 200 spesies pokok hutan tropika (arboretum) tersebut, turut menyediakan tasik untuk aktiviti memancing dan bagi memenuhi minat golongan remaja, malah MPJBT kini sedang menyiapkan pembinaan tiga gelanggang futsal dan satu kawasan untuk sukan lasak. Hutan bandar tersebut memenuhi konsep hutan bandar seperti yang diharapkan oleh warga kota dengan adanya kemudahan riadah yang tersedia termasuk taman permainan kanak-kanak berskala besar dengan keluasan 0.4 hektar di mana boleh menampung seramai 100 kanak-kanak pada satu-satu masa.

Pusat riadah berkenaan juga diserikan dengan pembinaan 24 rumah limas yang menjadi identiti Johor bagi mewakili 24 pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terdapat di Negeri Johor. Ia boleh digunakan bagi mereka yang ingin mengadakan seminar, kursus, bengkel atau majlis keramaian. Bagi jabatan dan agensi yang ingin mengadakan sesuatu acara, Hutan Bandar MPJBT turut membina Dataran Sekapur Sirih dengan kos RM24 juta yang sesuai untuk program keramaian termasuk sambutan Hari Kemerdekaan. Pembukaan hutan bandar berkenaan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Abdul Ghani Othman yang turut melancarkan buku Hutan Bandar MPJBT yang menyediakan maklumat lengkap mengenai pusat riadah tersebut. (KK14: 23 April 2012 Oleh: Zanariah Abdullah)



Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 14 September 2012 04:58