Lima Kedai
 
       

Perpustakaan Desa Perumahan 5 Kedai, Balai Raya Perumahan Lima Kedai, Jalan Malinja 2, Perumahan Lima Kedai, Gelang Patah, Johor.

Hit Paparan Kandungan : 27660
Kemas Kini :
18-03-2013 09:23
Belia
Indeks Artikel
Belia
Artikel Asal
Semua Halaman

alt

Memacu Semangat Kesukanan

Bertujuan mengangkat semangat kesukanan khususnya di kalangan belia, Jawatankuasa penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Perumahan 5 Kedai telah menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup bertempat di Dewan Terbuka pada Jun 2010 lalu. Menurut Pengerusi KRT Perumahan 5 Kedai, Salamian Surip, sebanyak 20 perlawanan beregu berlangsung di dua gelanggang yang membabitkan lebih daripada 100 penyertaan. Semua penyertaan dibahagikan mengikut kategori iaitu 10 tahun ke bawah, 15 tahun ke bawah, 16 tahun ke atas dan usia emas. Menurut beliau lebih 100 orang penduduk perumahan berkenaan datang menyaksikan perlawanan secara sistem liga yang bermula pada jam 9.00 hingga 11.30 malam itu sebagai tanda sokongan. Setiap penyertaan di kalangan pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM3.00 manakala RM2.00 untuk golongan dewasa.

Salamian berpendapat, pertandingan itu merupakan medan paling sesuai untuk melahirkan pelapis sukan badminton dengan menampilkan bakat-bakat baru dalam permainan tersebut. Beliau turut tidak menafikan sebahagian pemain sememangnya berbakat besar oleh kerana mereka pernah menjalani latihan di sekolah termasuk ada yang menyertai kelab dan sebagainya. Sementelah lagi pemain dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan lebih berguna. Piala diberi sebagai ganjaran kepada peserta yang muncul sebagai juara, naib juara dan tempat ketiga. Menurut beliau, Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Bahagian Gelang Patah, Norhisham Ismail turut hadir semasa perlawanan akhir. Menurut Salamian lagi, pihaknya sedang berura-ura untuk menubuhkan satu kelab pada masa akan datang bertujuan menghidupkan sukan berkenaan. Sehingga kini, peserta yang terlibat masih meneruskan latihan di gelanggang yang sama pada setiap hari Sabtu malam Ahad. (KK5: 1 Julai 2010 Oleh: Zanariah Abdullah)



Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 18 November 2010 07:05