Kuala Linggi
Hit Paparan Kandungan : 25250
Wanita

Pentingkan Ilmu Agama

Wanita merupakan tunjang dan kekuatan bagi sesebuah  keluarga. Seperti kata pepatah 'Tangan yang menggoncang buaian mampu menggoncang dunia'. Begitu besar peranan wanita bagi menentukan anak-anak didik mereka menjadi pemimpin yang berkaliber pada masa akan datang.

Di samping tanggungjawab sebagai ibu, wanita di Kuala Linggi sangat menitikberatkan hal-hal agama.  Lantaran itu, kebanyakan wanita di Kuala Linggi menghabiskan masa pada waktu pagi untuk kelas-kelas pengajian di Darul Maghfirah.  Di situ,  kelas mendalami ilmu Al-Quran, mempelajari ilmu tajwid, Fardu Ain sehinggalah kepada aktiviti nasyid dan marhaban diadakan.

Darul Maghfirah merupakan sebuah institusi keagamaan yang dibina di bahagian hadapan rumah tuan gurunya. Tenaga pengajarnya seorang warga kurang upaya, Tuan Haji Rahmat Haji Ali menggunakan pengetahuan agamanya  untuk berdakwah kepada penduduk Kuala Linggi.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:50