Kuala Linggi
Hit Paparan Kandungan : 24813
USP
Indeks Artikel
USP
Kemas kini: 29 Disember 2009
Artikel Asal
Semua Halaman

usp_linggi_kk3

Perpustakaan Medan Aktiviti

Seramai 10 orang kanak-kanak Tahap 2 telah menyertai pertandingan Tilawah al-Quran yang telah diadakan di Perpustakaan Desa (PD) Kuala Linggi pada 11 November 2009 yang lalu. Nuratikah Ramli muncul sebagai pemenang tempat pertama, manakala Iskandar Abd Malek memenangi tempat kedua manakala Burhanuddin Sulaiman pula telah dipilih sebagai pemenang tempat ketiga. Para pemenang dipilih berdasarkan bacaan yang lancar dan mengikut hukum tajwid yang betul. Salah satu tujuan utama pertandingan seumpama ini diadakan adalah untuk menanam budaya membaca al-Quran di kalangan kanak-kanak serta meningkatkan kemahiran dalam mengalunkan bacaan al-Quran dengan betul.

Selain pertandingan tilawah Al-quran, pertandingan menulis karangan juga telah diadakan pada hari yang sama. Lebih kurang 10 orang peserta Tahap 2 telah menyertai pertandingan itu. Tema karangan yang perlu dibuat telah pun ditentukan oleh petugas PD, kemudian setiap peserta diberi masa selama sejam untuk menyiapkan karangan masing-masing. Setelah dinilai, karangan Muhd Rusdy Rustam telah dipilih sebagai karangan terbaik dan memenangi tempat pertama. Manakala Muhammad Fikri Baharum pula mendapat tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Muhd Shahfiq Asri. Secara tidak langsung, pertandingan menulis karangan ini mampu mencungkil bakat para peserta dalam menyampaikan cerita mereka dalam bentuk karangan yang menarik dan berkualiti.

Di samping itu, pada bulan Disember yang lalu, PD juga telah mengadakan beberapa permainan dalaman seperti congkak, batu seremban dan kotak beracun. Oleh sebab kebanyakan pengunjung yang datang ke perpustakaan adalah kanak-kanak Tahap 1 dan 2, PD memilih untuk mengadakan aktiviti yang santai dan menarik agar kanak-kanak ini meluangkan masa mereka di perpustakaan. Usaha perpustakaan mengadakan aktiviti seumpama ini sedikit sebanyak telah mendedahkan penduduk kampung bahawa perpustakaan juga berfungsi sebagai medan untuk berkumpul dan melakukan aktiviti yang berfaedah terutamanya untuk generasi muda. (Kemas kini: 29 Disember 2009)



Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 05 Ogos 2010 06:39