Kuala Linggi
Hit Paparan Kandungan : 26792
Sosioekonomi

alt

Rezeki Sebagai Nelayan

Walaupun anak-anak muda tidak selesa menjadi nelayan atau bekerja di laut, namun pekerjaan itu masih dilakukan oleh generasi tua. Ia telah sebati dengan jiwa mereka malah pekerjaan itu juga yang menyara hidup sehari-hari atau membiayai pelajaran anak-anak sehingga ke menara gading. Laut kepada mereka adalah rumah kedua dan mereka tidak pernah takut dilambung ombak.

Bagi nelayan di Kuala Linggi mereka meneruskan pekerjaan ini kerana telah menjadi darah daging mereka. Terdapat dua kategori nelayan di Kampung Kuala Linggi iaitu nelayan laut dalam dan nelayan persisiran pantai. Nelayan persisiran pantai merupakan nelayan tradisi yang hanya menangkap ikan di pantai yang berdekatan. Berbeza dengan nelayan laut dalam yang menangkap ikan di kawasan yang lebih jauh dari pantai.

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 02 Jun 2010 06:50