Kuala Linggi
Hit Paparan Kandungan : 24977
Sejarah

alt

Kota Yang Pernah Dijajah

Nama Kuala Linggi diberi bersempena dengan nama sebatang sungai. Disebabkan kedudukan kampung ini terletak di Kuala Sungai Linggi, maka kampung ini diberi nama Kampung Sungai Linggi. Kampung Sungai Linggi terletak di kawasan yang strategik bagi memerhatikan laluan keluar-masuk kapal pada masa dahulu. Oleh itu, sebuah kota telah dibina di Kampung Kuala Linggi.

Kota Kuala Linggi merupakan sebuah kota pertahanan di puncak Bukit Supai. Ia dibina oleh tentera Belanda dan Bugis sebagai tanda perdamaian perang yang berlaku pada 1756 hingga 1757. Selain dikenali sebagai “Supai Fort”, kota ini juga dikenali dengan nama For Filiphina di mana namanya diambil bersempena dengan nama anak perempuan Gabenor Belanda ketika itu.

Berdasarkan sejarah, perjanjian di antara tentera Belanda dan Bugis telah berlangsung pada 1 Januari 1758. Hasil perjanjian tersebut Belanda dibenarkan menguasai kawasan Linggi dan perdagangan bijih timah di situ. Kota ini berbentuk segi empat dan dibina dari susunan batu laterit. Di setiap empat penjuru telah dibina separuh bulatan bagi menempatkan meriam untuk tujuan pertahanan.

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 02 Jun 2010 07:03