Kuala Linggi
Hit Paparan Kandungan : 24978
Populasi

Hidup Di Kandung Adat Mati Di Kandung Tanah

Majoriti penduduk di Kuala Linggi berbangsa Melayu. Pekerjaan utama mereka ialah menangkap ikan. Mereka mendirikan rumah di atas tanah sendiri. Oleh itu rumah-rumah mereka adalah terpisah antara satu sama lain. 

Kebanyakan penduduk di Kuala Linggi mempunyai kenderaan sendiri seperti motosikal dan kereta. Walaupun begitu, perkhidmatan bas sekolah dan bas awam boleh didapati di sini. Kemudahan pengangkutan awam ini memudahkan  penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Di kampung yang majoriti  penduduknya berbangsa Melayu, dapat dirasakan cara hidup masyarakat yang  mengamalkan budaya Melayu secara langsung. Sikap ramah-tamah penduduk, gaya pertuturan yang lembut dan sopan, kenal-mengenal sesama sendiri menjadikan kampung ini menarik untuk dilawati. 

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:48