Kuala Linggi
Hit Paparan Kandungan : 24805
Pendidikan

Kepentingan Ilmu

Menimba ilmu merupakan sesuatu yang dituntut. Lantaran itu jelas pentingnya ilmu di dalam kehidupan kita. Di Kuala Linggi terdapat sebuah sekolah rendah yang menjadi tumpuan anak-anak di Kuala Linggi. Manakala di peringkat menengah anak-anak di sini mendapat pelajaran di Sekolah Menengah Rahmat di Kuala Sungai Baru. 

Antara pusat pengajian yang berhampiran dengan Kuala Linggi ialah Akademi Laut Malaysia (ALAM) yang merupakan salah satu pusat pembelajaran berkaitan dengan ilmu perkapalan yang terletak di Kuala Sungai Baru. Kolej ini yang menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran dalam bidang perkapalan dan dilengkapi dengan peralatan pembelajaran yang moden menjadikan institusi ini antara yang terbaik di Malaysia.

Malahan di Kuala Linggi juga terdapat sebuah sekolah agama persendirian, Darul Maghfirah yang diasaskan oleh Tuan Haji Rahmat Haji Ali. Beliau atau lebih dikenali sebagai Pak Itam menjadi guru di Darul Maghfirah dan disegani penduduk Kuala Linggi.  Beliau mengajar membaca Al-Quran dengan penggunaan tajwid yang betul, nasyid, marhaban dan segala yang berkaitan dengan agama Islam. Bagi kaum wanita di Kuala Linggi pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis mereka akan berada di Darul Maghfirah untuk menghadiri kelas bacaan Al-Quran.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:53