Kuala Linggi
Hit Paparan Kandungan : 24809
Pelancongan
Indeks Artikel
Pelancongan
Kemas Kini : 15 Februari 2012
Kemas Kini: 01 Nov 2011
Kemas Kini: 08 Apr 2011
Kemas Kini: 04 Nov 2010
Artikel Asal
Semua Halaman

kk16_kualalinggi_pelancongan

Cabaran Kayak Kuala Linggi

 

Cabaran Kayak Kuala Linggi Institut Pengajian Tinggi (IPT)-Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Sungai Melaka 2012 telah diadakan di Muara Sungai Umbai pada September 2012 lalu. Cabaran ini diadakan sempena program Jelajah Merdeka yang bermula dari 12 hingga 16 September 2012 dengan menyediakan lima kategori. Kategori yang dipertandingkan ialah Beregu Campuran, Beregu Lelaki Nobis (BLN), Beregu Wanita Nobis (BWN), Beregu Wanita Elit (BWE) dan Beregu Lelaki Elit (BLE). Cabaran Kayak Kuala Linggi IPT-KPT Sungai Melaka 2012 dianjurkan dengan kerjasama Kolej Komuniti Masjid Tanah, Kolej Komuniti Tangga Batu dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Cabaran yang berlangsung selama lima hari itu menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM20,600.

Dalam Kategori Beregu Lelaki Elit, seramai 16 orang peserta telah menyertainya. Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna, YB Datuk Ghazale Muhamad. Dalam acara itu, para peserta berkayak dari Muara Sungai Umbai menuju ke Pulau Besar dan seterusnya ke Dataran Marina Sungai Melaka yang merangkumi jarak 15 kilometer. Hari kedua cabaran telah menyaksikan 35 peserta yang kesemuanya terdiri daripada pelajar IPT seluruh Melaka berentap dalam kategori Beregu Lelaki Nobis (BLN). Daya ketahanan fizikal dan mental para peserta nyata teruji ketika menempuhi cabaran tersebut. Biarpun jaraknya hanya 15 kilometer, untuk sampai ke garisan penamat memerlukan kerahan tenaga yang banyak bagi menghabiskan perlumbaan. Pengalaman menyertai cabaran kayak ini merupakan satu pengalaman baru bagi kebanyakan peserta dan mereka berharap kejohanan seumpama ini dapat diteruskan di masa hadapan. (KK16: 20 September 2012)



Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 06 Februari 2013 09:41