Kuala Linggi
Hit Paparan Kandungan : 24800
Keusahawanan

Hasil Usaha Anak Tempatan

Terletak di pesisir pantai, antara industri yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ialah pembinaan beberapa buah chalet di sepanjang pantai Kuala Linggi. Antara chalet yang menjadi tumpuan ialah KM Chalet. KM merupakan gabungan nama  pasangan suami isteri yang mengusahakan chalet berkenaan iaitu Kamaruddin Haji Ali dan Masmara Salim.

KM Chalet sering menjadi tumpuan pelajar-pelajar yang ingin mengadakan aktiviti perkhemahan kerana sewanya yang murah. Malah ia juga menjadi pilihan keluarga yang ingin mengadakan hari perhimpunan keluarga. Pengunjung boleh menyewa chalet tersebut dengan harga serendah RM60.00 semalam. 

Di KM Chalet  juga pengunjung boleh menyewa perkhidmatan atau kemudahan lain yang disediakan seperti tapak perkhemahan dan kanopi. Mereka yang berminat kepada aktiviti lasak boleh menyewa kayak. Sebuah dewan juga boleh disewa bagi tujuan-tujuan lain seperti seminar dan sebagainya. Selain itu disediakan peralatan sukaneka untuk kemudahan pengunjung yang ingin melakukan aktiviti sukaneka di tepi pantai. 

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:50