Kuala Linggi
Hit Paparan Kandungan : 24974
Kesihatan

Rawatan Yang Lengkap

Jika ingin mendapatkan rawatan kesihatan, penduduk di Kuala Linggi akan ke Klinik Desa Kuala Linggi. Klinik Desa Kuala Linggi menyediakan perkhidmatan seperti perkhidmatan pesakit luar, rawatan kesihatan kanak-kanak dan postnatal bagi ibu-ibu selepas bersalin. Malahan klinik ini juga memberikan perkhidmatan perancang keluarga dan juga lawatan rumah ke rumah. 

Antara rawatan yang dilakukan di rumah meliputi rawatan kanak-kanak, ibu mengandung dan juga warga emas yang menghidap penyakit tua. Malah ada juga kes rujukan doktor yang memerlukan Jururawat Masyarakat (JM) untuk turun padang melihat keadaan pesakit. Malahan tugas sebagai JM tidak berakhir pada jam 5.00 petang. Sebaliknya mereka perlu bertugas secara bergilir mengendalikan kes-kes kecemasan. Dalam kes-kes tertentu di mana ia tidak dapat dirawat, kakitangan bertugas akan merujuk kes berkenaan ke Klinik Kesihatan Kuala Linggi. 

Klinik Kesihatan kampung ini juga mengendalikan program-program pendidikan kesihatan secara berkala. Misalnya menganjurkan  Kempen pada setiap tahun. Kempen seperti ini bertujuan memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga kesihatan, cara pengambilan makanan dan lain-lain. Melalui kempen serupa, aktiviti tertentu seperti ujian darah dan senamrobik turut diadakan.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:53