Kuala Linggi
Hit Paparan Kandungan : 24796
Kemudahan Asas

Bersedia Berkhidmat

Kemudahan asas dan kemudahan awam merupakan  keperluan utama di sesuatu tempat. Penduduk Kuala Linggi telah dilengkapi dengan kemudahan dan prasarana yang lengkap. Setiap rumah di Kuala Linggi mempunyai bekalan air dan elektrik yang sempurna.  Malahan penduduk setempat mempunyai kemudahan lain seperti dua buah telefon satelit yang diletakkan di hadapan Perpustakaan Desa Kuala Linggi.

Kemudahan-kemudahan awam yang diperolehi di sini termasuklah sebuah masjid, surau dan sekolah. Turut disediakan sebuah balai raya bagi memudahkan penduduk mengendalikan sesuatu majlis atau aktiviti.  Di hadapan balai raya tersebut terdapat sebuah gelanggang yang digunakan oleh anak-anak muda kampung  bermain sepak takraw dan juga badminton pada waktu petang. Juga disediakan sebuah padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan  Balai Raya Kuala Linggi. Pada setiap petang padang ini akan dipenuhi dengan kanak-kanak dan juga golongan belia bermula jam 4.00 petang sehinggalah jam 7.00 malam.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:52