Kuala Linggi
Hit Paparan Kandungan : 27365
Kampung Sekitar
Indeks Artikel
Kampung Sekitar
Kemas Kini: 25 Mac 2010
Artikel Asal
Semua Halaman

kk10_klinggi_kgsekitar

Cabaran Linggi

Bersempena Pesta Sungai Melaka 2011 yang berlangsung sepanjang bulan Jun 2011, terdapat pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan untuk memeriahkan pesta berkenaan. Antaranya ialah Cabaran Linggi 2011 yang melibatkan peserta dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) yang diadakan pada 15 hingga 18 Jun 2011 yang lalu. Acara tersebut berkonsepkan ‘ironman’ yang mana merangkumi tiga disiplin fizikal iaitu berbasikal, larian dan berkayak. Cabaran yang dianjurkan oleh kerajaan negeri, KPTM dan Kolej Komuniti Masjid Tanah ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 200 orang peserta. Acara pelepasan kumpulan berbasikal telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, YB Ar. Ismail Othman. Hadir sama Pengarah Kolej Komuniti Masjid Tanah, Mohd Zin Mamat dan Timbalan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Prof. Madya Dr. Baharuddin Puteh.

Dalam cabaran berbasikal, peserta perlu mengayuh bermula di Kompleks Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi sejauh 48 kilometer untuk kategori lelaki dan 30 kilometer bagi kategori wanita. Sementara itu, acara larian dan berkayak pula diadakan di Taman Rempah pada 17 Jun untuk kategori wanita dan 18 Jun untuk kategori lelaki. Objektif utama penganjuran cabaran seumpama ini adalah untuk meningkatkan pembangunan sahsiah melalui penglibatan dalam sukan rekreasi di kalangan para peserta. Selain itu dapat mengukur tahap ketahanan fizikal dan mental peserta dalam menghadapi halangan dan rintangan sepanjang cabaran tersebut. Malah, penglibatan secara langsung pihak berkuasa tempatan pada cabaran kali ini dapat membantu mempromosikan KPTM dan mengeratkan kesefahaman serta meluaskan perkembangan maklumat di kalangan pihak yang terlibat. (KK10: 21 Jun 2011)



Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 24 November 2011 04:16