Kuala Linggi
Hit Paparan Kandungan : 25398
JKKK
Indeks Artikel
JKKK
Artikel Asal
Semua Halaman

jkkknew_linggi2

Program Anak Angkat

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Kuala Linggi dengan kerjasama mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang telah menjayakan satu Program Anak Angkat selama seminggu pada bulan April yang lalu. Program yang julung kali diadakan di Kampung Kuala Linggi ini bertujuan mengeratkan hubungan antara penduduk dan mahasiswa universiti terbabit.

Program itu melibatkan seramai 121 orang mahasiswa termasuk pegawai-pegawai USM serta penduduk Kampung Kuala Linggi telah berlangsung dengan baik dan teratur. Penduduk kampung yang dipilih menjadi keluarga angkat kepada mahasiswa terbabit bertanggungjawab menyediakan kemudahan seperti tempat tinggal, makan minum selain mengadakan aktiviti keluarga yang boleh dilakukan bersama.

Kebanyakan aktiviti dalam program ini ditentukan sendiri oleh keluarga-keluarga angkat yang berkenaan. Contohnya, sebuah keluarga angkat yang menjalani kehidupan sebagai nelayan akan membawa anak angkat mereka ke laut dengan menaiki bot nelayan. Ia adalah peluang keemasan kepada mahasiswa yang bukan dari kalangan keluarga nelayan untuk merasai sendiri pengalaman menangkap ikan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Justeru, jalinan antara mahasiswa dan penduduk dilihat sebagai satu langkah yang positif untuk memperkenalkan Kampung Kuala Linggi kepada masyarakat luar di samping mengenali dengan lebih dekat adat dan budaya masyarakat setempat. Pengalaman selama beberapa hari bersama keluarga angkat seharusnya dapat mematangkan pemikiran mahasiswa supaya sentiasa berfikiran kritis dan rasional. (Dikemas kini: 9 April 2009 )




Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 30 Mac 2011 06:40