Kuala Linggi
Hit Paparan Kandungan : 25253
Belia

Mengeratkan Hubungan

Golongan belia merupakan tonggak negara. Oleh itu belia harus menanam sikap untuk sentiasa berdaya maju, hebat dan bersemangat tinggi.  Melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki, belia mampu menghadapi saingan yang semakin mencabar. Justeru, belia di Kampung Kuala Linggi memang bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti seperti sukan dan juga permainan  bola sepak, badminton dan sepak takraw.

Biasanya aktiviti-aktiviti sukan akan bermula pada seawal jam 4.00 petang di gelanggang dan padang yang telah disediakan. Bagi permainan bola sepak, belia Kuala Linggi turut menyertai perlawanan antara kampung dan juga mewakili  pertandingan peringkat daerah.  Belia juga mengikuti latihan kompang untuk memantapkan kemahiran apabila bermain kompang pada majlis-majlis perkahwinan.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:50