Kuala Linggi
Hit Paparan Kandungan : 25334

Sejarah amat penting dalam kehidupan seharian. Sejarah dijadikan sebagai pedoman agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa akan datang. Begitu juga dengan Pekan Kuala Linggi yang terkenal dengan sejarahnya. Di sini terletaknya Kota Kuala Linggi di Bukit Supai. Kota ini juga terkenal dengan nama For Filiphina bersempena nama anak perempuan Gabenor Belanda ketika itu. Kota ini dibina oleh tentera Belanda dan Bugis sebagai tanda pendamaian perang di antara kedua-duanya yang berlaku pada tahun 1756-1757. Hasil perjanjian ini, pihak Belanda diberi kuasa di kawasan Linggi dan perdagangan timah.

Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 30 Mac 2010 01:23