Ba Kelalan
USP

Internet Menerusi VSAT

B

agi memenuhi matlamat kerajaan  untuk meningkatkan penguasaan  ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan penduduk luar bandar, pelbagai langkah proaktif dilakukan menerusi Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Universal Service Provience (USP). Program ini dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dengan penglibatan bersama beberapa jabatan dan agensi kerajaan lain serta syarikat telekomunikasi.  Antara jabatan kerajaan yang terlibat termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya, Perpustakaan Negara, Perpustakaan Negeri dan lain-lain.

Daerah Ba’ Kelalan agak beruntung kerana terpilih bersama 500 lokasi lain di seluruh negara yang terpilih untuk  menikmati kemudahan di bawah program USP. Walaupun terletak begitu jauh di pedalaman Sarawak, namun kerajaan tidak sekali-kali menafikan hak penduduk di situ untuk mendapat  manfaat menerusi pelbagai instrumen ICT, antaranya ialah kemudahan sebuah perpustakaan desa. Di perpustakaan desa ini juga dibekalkan beberapa  peralatan komputer, pencetak dan mesin pengimbas untuk digunakan oleh penduduk Ba’ Kelalan khususnya masyarakat kaum Lun Bawang.

Penduduk berpeluang untuk mengakses maklumat menerusi Very Small Aparatus Sattelite Terminal (VSAT)  yang dipasang bagi membolehkan penduduk mengakses Internet  secara percuma.

 

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 21 Mei 2010 14:03
 
Hit Paparan Kandungan : 22707