Ba Kelalan
Pendidikan

Gedung Ilmu Ba’ Kelalan

S

ekolah Kebangsaan (SK) Ba’ Kelalan merupakan gedung menimba ilmu di kalangan anak-anak kelahiran Ba’ Kelalan. Sekolah ini menyediakan pendidikan formal selama enam tahun, bermula dari darjah satu sehingga darjah enam. Bangunan sekolah yang diperbuat daripada kayu kelihatan ceria sekali dengan terbinanya pondok-pondok kecil pelbagai bentuk dan rupa oleh penduduk-penduduk kampung secara sukarela. Persekitaran sekolah yang bersih dan terjaga menunjukkan keprihatinan guru-guru dan penduduk kampung terhadap pentingnya pembelajaran yang sempurna kepada anak-anak mereka.

SK Ba’ Kelalan menyediakan asrama untuk kemudahan pelajar di sini terutamanya kepada pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. Anak-anak di sekolah ini tinggal di asrama dari darjah satu sehinggalah ke darjah enam disebabkan masalah pengangkutan dan jarak yang jauh. Mereka telah diasuh tinggal berjauhan dari keluarga semata-mata untuk menuntut ilmu dan secara tidak langsung keadaan ini menyemai sikap berdikari di kalangan anak-anak desa itu. Lazimnya, murid-murid yang mempunyai pertalian adik-beradik akan ditempatkan di ruang tidur yang sama bertujuan mewujudkan suasana kehidupan “berkeluarga” di kalangan anak-anak kecil tersebut. 

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:53
 
Hit Paparan Kandungan : 22168