Ba Kelalan
Pelancongan
Indeks Artikel
Pelancongan
Kemas Kini: 1 Jul 2011
Kemas Kini: 10 Jun 2010
Kemas Kini: 24 Jun 2009
Artikel Asal
Semua Halaman

kk14_bakelalan_pelancongan

Festival Kebudayaan Dan Memetik Epal Ba'Kelalan

Borneo Jungle Safari dan Ba Kelalan Homestay bergabung tenaga menganjurkan Festival Kebudayaan dan Memetik Epal Ba'Kelalan yang berlangsung dari 4 hingga 7 April 2012 lalu di Buduk Nur, Ba’Kelalan. Festival yang kali pertama diadakan pada 2007 itu turut mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan, Tourism Malaysia dan Lembaga Pelancongan Sarawak. Semasa festival berlangsung, penduduk tempatan dan pelawat-pelawat di tanah tinggi berkenaan  berpeluang menuai kepelbagaian kacukan epal dan jenis-jenis seperti Granny Smith, Lady Williams, Apple Anna, Manalagi (dinamakan semula epal Ba'Kelalan), Tropical Beauty and Rome Beauty. Pengunjung juga dapat melihat pemandangan indah Ba'Kelalan yang menawarkan produk eko pelancongan berdasarkan kedudukannya yang berhampiran sempadan Indonesia dan Taman Negara Kayan Mentarang di Kalimantan.

Festival berkenaan berjaya menarik perhatian pelancong tempatan termasuk dari negeri jiran Sabah dan pelancong dari Brunei yang membuat pertanyaan pada saat akhir untuk menghadiri festival tahunan itu. Rata-rata pengunjung memandu kenderaan mereka kerana kemudahan jalan raya di situ bertambah baik sejak ia di naik taraf menerusi projek yang disalurkan oleh kerajaan. Selain itu, pengunjung turut dihidangkan dengan persembahan kebudayaan dan kursus kesedaran pelancongan khusus buat mereka yang berminat menyertai bidang pelancongan. Buat pertama kalinya sambutan tahun ini disertai pengusaha inap desa di kawasan pergunungan Ba'Kelalan bagi mempromosikan perniagaan mereka. (KK14: 13 April 2012 – Oleh: Zanariah Abdullah)



Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 21 September 2012 08:03
 
Hit Paparan Kandungan : 22150