Ba Kelalan
Maklumat Am
Indeks Artikel
Maklumat Am
Kemas Kini: 19 Ogos 2011
Kemas Kini: 04 Okt 2010
Artikel Asal
Semua Halaman

kk12_bakelalan_maklumatam

Lawatan Ke Seri Perdana

Ketua-ketua kampung serta suku kaum Lun Bawang dari Ba'kelalan dan Bario dari Sarawak berbesar hati dapat berkunjung ke Seri Perdana pada November 2011 lalu. Mereka diraikan dalam satu majlis makan tengah hari yang cukup istimewa dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Zahid Ahmad Hamidi dan Anggota Parlimen kawasan Lawas, YB Datuk Henry Sum. Rombongan yang diketuai Sum itu menemui Najib bagi menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan masyarakat kawasan Ba'kelalan dan Bario kepada kerajaan yang berjaya membina sebuah jalan baru yang telah lama dinantikan oleh masyarakat di kawasan berkenaan. Sum memaklumkan kawasan Ba'kelalan dan Lawas mengalami pembangunan yang pesat berbanding sebelum itu di mana lokasi berkenaan amat sukar dihubungi akibat keadaan geografi.

Menerusi projek Jiwa Murni, pembinaan jalan tersebut disiapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diberi peruntukan menerusi Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU). Sum turut meminta agar kerajaan meneruskan usaha membekalkan kemudahan asas lain seperti bekalan elektrik alternatif dan air ke semua kawasan yang belum menerima kemudahan tersebut. Beliau juga berharap agar Najib menimbangkan permohonan mereka yang lain seperti kemudahan Lapangan Terbang Lawas untuk menggantikan lapangan terbang sedia ada yang sering dilanda banjir selain membina sekolah menengah di kawasan tanah tinggi Ba'Kelalan dan mewujudkan sekolah teknik di Lawas. Pertemuan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar bersama pemimpin. (KK12: 2 Disember 2011 Oleh: Zanariah Abdullah)



Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 31 Mei 2012 08:40
 
Hit Paparan Kandungan : 22171