Ba Kelalan
Keusahawanan

Penginapan Ala Homestay

A

pple Lodge, satu-satunya  penginapan berkonsep inap desa (homestay) yang terletak pada ketinggian 609 meter (2,000 kaki)  dari aras laut di tanah tinggi Ba’ Kelalan serta begitu terpencil dari apa juga aspek pembangunan dan perhubungan dengan dunia luar. Penginapan yang menjanjikan kedamaian dan keselesaan itu sentiasa mendapat tempahan pelancong luar mahupun  tempatan yang bertandang untuk menikmati keaslian alam semula jadinya. Ia diusahakan oleh Mutang Tagal, satu-satunya anak kaum Lun Bawang  selepas bersara sebagai Ahli Parlimen Ba’ Kelalan dan diuruskan oleh Tagal Paran yang juga pemilik dan pengusaha ladang epal di Kampung Buduk Nur.

Di samping itu, Mutang juga mempunyai syarikat pelancongan sendiri yang kebanyakannya menguruskan kedatangan dan penginapan  pelancong ke Ba’ Kelalan khususnya untuk menginap di Apple Lodge.

 

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 21 Mei 2010 13:52
 
Hit Paparan Kandungan : 22695