Ba Kelalan
Kesihatan

CBL316 Untuk Terapi Barah

S

atu penemuan di bidang kesihatan  yang bukan sahaja membanggakan Ba’ Kelalan malah negeri Sarawak dan juga Malaysia. Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata,  sejenis pokok yang ditemui di persekitaran Ba’ Kelalan berupaya menghasilkan bahan untuk membunuh sel barah dalam tubuh manusia. Pokok tersebut dalam keluarga langsat dengan nama saintifiknya Algaia. Bahan dari pokok itu berupaya menyembuhkan pelbagai sakit barah, antaranya barah paru-paru, payu dara, leukemia, prostat serta ketumbuhan pada otak.

Menurut Dr George Chan, kerajaan negeri telah menjalani kerjasama dengan pakar sains dari Australia sejak 2004 bagi membangun dan mempatenkan  penemuan penyembuh barah tersebut yang dinamakan CBL316 bagi terapi barah. Malah, kajian bahan dari pokok  di bumi  Ba’ Kelalan itu juga  telah  dilakukan oleh  pakar di Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat. Di samping itu,  Pusat Perubatan Universiti Ohio, Amerika Syarikat sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak untuk membangunkan bahan atau ubat Chronic Lympoctic Leukemia (CLL).

Kejayaan penemuan kesihatan itu membuktikan Sarawak kaya dengan sumber biodiversiti seperti mana penemuan ubat dari pokok Bintagor sebelum ini. Justeru, berdasarkan maklumat, dalam tempoh 10 tahun lagi, penemuan-penemuan tersebut akan memasuki inventori di hospital-hospital bukan sahaja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia.  

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:53
 
Hit Paparan Kandungan : 23370