Ba Kelalan
Keselamatan

01_kk16_bakelalan_keselamatan

Lawatan Kerja KSU

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (KSU), YBhg Dato' Seri Dr. Haji Ismail Haji Ahmad telah melakukan Lawatan Kerja ke Kem Hadapan Ba’kelalan pada 24 dan 25 September 2012 lalu selain melawat beberapa tapak Projek Jiwa Murni dan ‘Army Care’ di Miri. Lawatan berkenaan bertujuan meninjau perkembangan projek-projek yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di samping bertemu dengan warga ATM yang bertugas di kawasan Kem Hadapan dan melaksanakan Projek Jiwa Murni.

KSU turut melawat tapak projek pembangunan semula Kem Tentera Darat (TD) di bawah program ‘Army Care’ reka dan bina di Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Miri, Sarawak. Lawatan itu turut disertai oleh Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Haji Mokhtar, Ketua Jurutera Tentera Darat, Brig Jeneral Datuk Pahlawan Ir Abdul Nasser Ahmad dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pertahanan, Syed Ramli Syed Shaari. (KK16: 8 Oktober 2012 – Oleh: Zanariah Abdullah)

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 02 Mei 2013 02:37
 
Hit Paparan Kandungan : 22706