Ba Kelalan
Kemudahan Asas
Indeks Artikel
Kemudahan Asas
Kemas Kini: 27 Dis 2010
Kemas Kini: 15 Jul 2010
Artikel Asal
Semua Halaman

alt

Jalan Di Naik Taraf

Seluruh penduduk Ba’kelalan menikmati manfaat daripada projek menaik taraf jalan yang menghubungkan Long Luping – Ba’kelalan yang siap pada tahun lalu.  Projek menaik taraf jalan di bawah Projek Program Jiwa Murni sejauh 75 kilometer itu melibatkan kos sebanyak RM60 juta. Projek tersebut dilaksanakan oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) membabitkan seramai 40 anggota dan untuk melaksanakan misi itu, anggota terbabit berkampung di Ba’kelalan dengan rutin harian menuju ke tapak projek untuk membina jambatan. Program di Ba’kelalan itu dilaksanakan dalam dua fasa iaitu pembinaan empat jambatan Bailey untuk menggantikan jambatan balak bagi fasa pertama manakala fasa kedua melibatkan kerja menaikkan taraf jalan yang bermula sebaik sahaja pembinaan jambatan berkenaan selesai.

Projek menaik taraf jalan berkenaan bukan sahaja dapat merapatkan integrasi penduduk antara dua kawasan itu malah ia bakal merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat. Sejak puluhan tahun lalu, penduduk di Ba’kelalan yang bekerja di luar daerah terpaksa menempuh pelbagai halangan yang memeritkan untuk sampai ke kampung mereka. Kini, pembukaan jalan berturap yang menjadi impian penduduk sejak sekian lama itu telah menjadi kenyataan dan bakal memberi kemudahan perhubungan kepada mereka. Sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat yang selama ini berdepan dengan pelbagai masalah berkaitan kemudahan awam. (KK9: 13 April 2011 – Oleh: Zanariah Abdullah)



Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 09 Januari 2012 08:14
 
Hit Paparan Kandungan : 22700