Ba Kelalan
Kampung Sekitar

Perkampungan Di Dataran Tinggi

K

ampung Buduk Nur yang terkenal dengan ladang epal milik warga  tempatan, Tagal Paran, 74 tahun atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Tagal bukanlah satu-satunya kampung yang terdapat di Ba’ Kelalan. Long Langai, Long Lemutut, Long Ritan, Long Rusu, Pa Tawing dan Buduk Bui merupakan antara sembilan buah  kampung yang terdapat di sekitarnya. Perkampungan di Ba’ Kelalan terasing dari kesesakan lalu lintas, mempunyai hubungan komunikasi yang terbatas dengan dunia luar serta  sumber air yang diperoleh dari anak-anak sungai sudah sebati dengan kehidupan penduduk di sini. Suasana di sini amat sesuai kepada yang mengidamkan percutian di kawasan kampung yang tenang dan damai.

Penduduk di Ba’ Kelalan mewah dengan sikap peramah dan mesra di samping mengamalkan cara hidup saling bantu membantu serta bekerjasama dalam setiap aktiviti kemasyarakatan yang diadakan. Sesuatu yang unik, mereka bersama-sama menguruskan landasan kapal terbang, menjaga persekitaran bagi mengekalkan identiti Ba’ Kelalan serta menyambut kedatangan orang luar dengan senyuman manis dan penuh adat istiadat.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:49
 
Hit Paparan Kandungan : 22699