Ba Kelalan

Sebanyak 2,000 pokok epal yang tumbuh subur di bumi Ba'Kelalan, Lawas, Sarawak dimiliki oleh Tagal Paran, 74 tahun atau lebih dikenali sebagai Pak Tagal di ladang seluas 10 hektar di Kampung Buduk Nur. Iklim Ba'Kelalan yang bersuhu sejuk amat sesuai untuk pokok-pokok epal tumbuh subur walaupun sebelum ini ramai yang menyangka usaha beliau sebagai sesuatu yang sia-sia atau mustahil. Malah, ketika adik Pak Tagal, Andrew Balang membawa pulang 20 batang anak epal melalui Singapura daripada Batu Malang, Indonesia, ia telah disindir oleh seorang Pegawai Kastam dengan bertanya, bolehkah epal tumbuh di sini?. Kini, ladang epal Pak Tagal terletak di tanah tinggi di hujung Landasan Kapal Terbang Ba'Kelalan sering menerima kunjungan pelawat semata-mata untuk merasai sendiri keenakan epal Ba'Kelalan - satu-satunya epal Malaysia yang terlalu sempurna kualitinya setanding epal yang diimport.

Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 30 Januari 2016 15:50
 
Hit Paparan Kandungan : 22709