Engkilili
Sarawak Bumi Kenyalang
Wanita - Kemas Kini: 22 Jul 2010
Indeks Artikel
Wanita
Kemas Kini: 22 Jul 2010
Artikel Asal
Semua Halaman

Program Nur Bestari

Menyedari bahawa masih ramai golongan wanita yang kurang peka mengenai isu-isu terkini berkaitan masalah kesihatan wanita, maka Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Sarawak bagi Parlimen Lubok Antu mengambil langkah proaktif menganjurkan Program Nur Bestari dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman bertempat di Dewan Serba Guna Lubok Antu pada 15 Julai 2010 lepas.  Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kaum wanita terutama yang berada di luar kawasan bandar.  Selain bertujuan meningkatkan kesedaran berkaitan masalah kesihatan wanita, program yang dihadiri seramai 210 peserta dari daerah kecil Engkilili dan Lubok Antu ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan di kalangan mereka.

Program sehari tersebut juga bertujuan meningkatkan lagi kepekaan dan keupayaan peserta menghayati isu-isu pembangunan dari perspektif jantina masing-masing.  Pada masa yang sama, Program Nur Bestari juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai prosedur, hak, akta serta aspek perundangan yang berkaitan dengan wanita.  Antara topik-topik kesihatan yang dibincangkan menerusi program tersebut ialah Wanita Dan Penyakit Kelamin di Kalangan Wanita, Kepentingan Pemeriksaan Payu Dara dan Kepentingan Membuat Pemeriksaan Pap Smear.  Selain itu, satu sesi dialog juga turut diadakan bersama para peserta untuk membincangkan masalah-masalah yang berbangkit.  Sementara itu pada sebelah petangnya, para peserta berpeluang melakukan ujian pap smear bertempat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Engkilili sehingga jam 5.00 petang(KK6:  22 Julai 2010)



Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 10 Januari 2012 03:32
 

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 83350
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55