Engkilili
Sarawak Bumi Kenyalang
USP

engkilili_usp

Pusat Maklumat Penduduk Engkilili

 

Perpustakaan Awam Engkilili yang terletak di tengah-tengah Pekan Engkilili,  dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam  8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Selain itu,  perpustakaan ini juga dibuka jam  6.45 petang sehingga 8.00 malam pada hari Jumaat.

Terdapat empat orang kaki tangan yang menguruskan perpustakaan ini. Antaranya, Ketua Perpustakaan, Seorang Penyemak dan dua orang Pembantu Am. Perpustakaan ini sering menganjurkan pelbagai aktiviti yang dikhususkan kepada ahli-ahlinya. Antaranya,  pertandingan mewarna dan pertandingan bercerita.

Di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP), Perpustakaan Awam Engkilili memiliki dua buah komputer yang mempunyai talian Internet,  selain sebuah mesin pencetak dan mesin  pemgimbas. Dengan adanya kemudahan ini, ahli-ahli boleh memuat turun informasi dan data dari Internet sekaligus menjadikan mereka  individu yang celik teknologi.

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 20 Ogos 2010 02:32
 

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 41658
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55