Engkilili
Sarawak Bumi Kenyalang
Sosioekonomi

engkilili_sosio

Sumber Pendapatan Dari Pelbagai Pekerjaan

Setiap kaum di Engkilili menjalankan aktiviti ekonomi secara berasingan mengikut kedudukan lokasi geografi dan taburan kaum. Misalnya, kaum Iban memilih penempatan di kaki bukit atau pedalaman dengan menjalankan kegiatan pertanian secara komersial seperti menanam padi, getah, buah-buahan dan sayur-sayuran. Mereka juga melakukan pekerjaan tradisional seperti menangkap ikan di sungai, memburu haiwan dan sebagainya.

Bagi yang mengusahakan tanaman secara komersial, hasil dari kebun lazimnya ia di jual terus di pekan Engkilili atau dipasarkan ke daerah Lubok Antu, Sri Aman atau pun tempat-tempat lain melalui orang tengah. Bagi masyarakat Cina yang tinggal di kawasan pekan, mereka lebih memilih mengusahakan perniagaan sendiri seperti membuka kedai makan, kedai runcit, kedai pakaian dan sebagainya. Di kalangan masyarakat Melayu pula, ada yang menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan utama dan tidak kurang yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Oleh kerana sektor pekerjaan di Engkilili agak terhad, ramai di kalangan generasi muda telah berhijrah dan mencari rezeki di tempat-tempat lain sama ada di dalam negeri ini, di Sabah atau pun di tanah semenanjung

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 20 Ogos 2010 02:31
 

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 40628
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55