Engkilili
Sarawak Bumi Kenyalang
Pendidikan
Indeks Artikel
Pendidikan
Kemas Kini: 20 Okt 2010
Artikel Asal
Semua Halaman

kk14_engkilili_pendidikan

Dapat TABIKA Baru

Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak, Abang Rabaiee Abang Muhi telah hadir bagi menyampaikan kunci bangunan baru Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) KEMAS, Engkilili pada Mac 2012 lalu. Menurut Rabaiee, pembinaan bangunan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAKK) itu bertujuan menggantikan kelas yang sedia ada di mana TABIKA sebelum ini hanya menumpang di rumah milik orang kampung. Pembinaan bangunan yang membabitkan kos sebanyak RM787,782.00 di bawah seliaan JKR Bahagian Sri Aman itu dilaksanakan oleh Kontraktor Kalaka Jaya Sdn. Bhd. Bangunan tersebut menempatkan dua buah bilik pembelajaran iaitu satu bilik untuk TABIKA dan satu bilik lagi untuk TASKA.

TABIKA berkenaan dibina pada 5 April 2011 dan siap keseluruhannya pada 4 April 2012 lalu.
Dengan adanya bangunan baru yang lebih selesa dan ceria, diharapkan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan sempurna sekali gus menyumbang kepada kebaikan bukan sahaja kepada guru yang mengajar sebaliknya untuk kanak-kanak yang belajar dalam kelas tersebut. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Penolong Pengarah KEMAS (Unit Pembangunan) Joseph, Jurutera JKR Bahagian Sri Aman, Cassidy Morris dan Pegawai KEMAS Daerah Lubok Antu, Dampi. (KK14: 18 April 2012 Oleh: Zanariah Abdullah)


alt

PIBG SMK Engkilili Terima Sumbangan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili baru-baru ini menerima sumbangan berjumlah RM17,000 daripada Ahli Parlimen Lubok Antu, YB William Nyalau Badak. Menurut beliau, sumbangan tersebut bagi membantu perbelanjaan pihak sekolah untuk program berbentuk akademik, pembangunan sukan, kem remaja dan membaik pulih beberapa peralatan di kelas dan asrama pelajar. Beliau juga berharap agar pihak sekolah sentiasa memaklumkan dari semasa ke semasa tentang keperluan pelajar agar tindakan segera dapat diambil. Jelasnya, ini penting kerana pelajar merupakan aset utama bagi memajukan kawasan Lubok Antu suatu hari nanti.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, YB Dr Johnnical Rayong Ngipa telah menyumbangkan RM6,000 kepada PIBG. Kedua-dua sumbangan diterima oleh Yang Dipertua PIBG SMK Engkilili, Andrew Bugie Anak Ipang sempena Majlis Merarau anjuran Majlis Guru Besar Zon Engkilili di Sekolah Kebangsaan Engkilili No 2. Mengenai sumbangan itu, Dr Johnnical memberitahu bahawa sumbangan tersebut bertujuan untuk kegunaan PIBG dan membiayai Lembaga Pengawas SMK Engkilili. Menurutnya, sumbangan tersebut sebagai tanda prihatin kerajaan untuk menjalankan aktiviti berfaedah kepada para pelajar di kawasan Engkilili. Selain itu, beliau berharap semua pihak memberikan sokongan dalam memartabatkan bidang pendidikan sebagai satu bidang yang paling penting demi memacu perkembangan negara. (KK7: 20 Oktober 2010)


Pendidikan Diutamakan

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili, satu-satunya sekolah menengah di kawasan ini. Sekolah ini mengambil pelajar-pelajar dari seluruh kawasan Engkilili dan Lubok Antu. Sekolah ini terletak di laluan utama Sarikei - Sri Aman, menjadikan murid-murid mudah untuk pergi dan balik dari pusat pendidikan ini.

Di samping itu, kawasan Engkilili juga memiliki tujuh buah Taman Bimbingan Kanak-Kanak, milik Jabatan Kemajuan Masyarakat (Tabika Kemas). Dengan terbinanya pusat pendidikan ini, maka kanak-kanak kawasan ini tidak terpinggir daripada menerima pendidikan awal.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 09 Mei 2013 02:55
 

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 71903
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55