Engkilili
Sarawak Bumi Kenyalang
Maklumat Am - Artikel Asal
Indeks Artikel
Maklumat Am
Artikel Asal
Semua Halaman

engkilili_am

210 Kilometer Dari Ibu Negeri

Pekan Engkilili merupakan pusat pentadbiran Daerah Kecil Engkilili. Ia terletak kira-kira 56 kilometer dari Pekan Lubok Antu, 37 kilometer dari Bandar Sri Aman dan 210 kilometer dari Bandaraya Kuching. Pengunjung yang ingin melawat Engkilili boleh memilih sama ada menggunakan kenderaan sendiri atau pun menaiki pengangkutan awam seperti Biramas Express yang disediakan di Terminal Batu Tiga, Kuching dengan kadar bayaran tambang yang berpatutan iaitu RM20.00 untuk orang dewasa dan RM16.00 bagi kanak-kanak yang berusia 11 tahun ke bawah. Sungguh pun begitu kebanyakan penduduk lebih gemar ke Pekan Engkilili dengan menggunakan kenderaan persendirian. Ini kerana, kemudahan awam yang ada, hanya disediakan sehingga ke simpang masuk pekan yang juga landasan untuk menuju ke beberapa daerah lain di negeri ini seperti Sri Aman, Sibu, Betong, Lubok Antu dan sebagainya. Di simpang pintu masuk tersebut, pengunjung akan berehat di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili sementara menunggu van, kenalan atau saudara-mara datang menjemput.

SMK Engkilili terletak di sebelah kanan jalan jika penumpang datang dari arah Kuching dan berada di kedudukan bertentangan jika menaiki kenderaan dari arah Sibu. Antara sebab mengapa sekolah ini menjadi pusat perhentian sementara para pengunjung atau pun warga tempatan ialah untuk mengelak sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku terutama jika menaiki bas pada sebelah malam. Sebelum sampai ke Engkilili, dari simpang, perjalanan berkenderaan perlu diteruskan lagi sejauh empat kilometer. Jika menaiki van sewa, kos tambang bertambah dari RM1.00 hingga RM2.00 seorang. Ada juga di kalangan penduduk yang sering berulang alik dari Kuching ke Engkilili memilih untuk menaiki van sewa kerana perkhidmatan ini biasanya disediakan sampai ke pekan tersebut. Malah, jika ada permintaan, ada di kalangan pemilik van menyediakan perkhidmatan penghantaran sampai ke kediaman para penumpang. Lazimnya, jika menaiki pengangkutan ini (Kuching–Engkilili atau Engkilili-Kuching), tambang yang dikenakan untuk setiap penumpang kurang daripada RM25.00 untuk satu perjalanan.



Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 02 Februari 2012 04:27
 

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 81348
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55