Engkilili
Sarawak Bumi Kenyalang
Kesihatan - Laman 2
Indeks Artikel
Kesihatan
Artikel Asal
Semua Halaman

Klinik Kesihatan Engkilili

Klinik Kesihatan Engkilili terletak berhadapan dengan Pejabat Kecil Daerah Engkilili, di Pekan Engkilili.  Klinik Kesihatan ini  beroperasi dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat.  Klinik ini menyediakan perkhidmatan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan pemeriksaan untuk pesakit luar.  Selain itu, Klinik Kesihatan Engkilili juga mempunyai bilik bersalin, khas untuk penduduk di sekitar kawasan berdekatan.

Kebiasaannya, pesakit yang mengalami  luka-luka kecil, deman, selesema atau kemalangan kecil akan dirawat sebagai pesakit luar dan dikenakan bayaran RM1.00 sahaja. Pesakit yang mengalami masalah atau kecederaan serius pula, akan menerima rawatan lanjut dan ditempatkan di wad yang telah dikhaskan. Sekiranya penyakit yang dialami berlarutan, pesakit akan dirujuk ke Hospital Sri Aman atau dihantar terus ke Hospital Umum Sarawak (HUS).



Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 02 Mac 2011 05:32
 

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 79791
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55